ice prince

ice prince
my oppa~

Wednesday, July 18, 2018

pilihan hatimu

That time when dia terpaksa ajar diri dia untuk teruskan hidup tanpa kehadiran kau dalam hari dia, ajar diri dia untuk tidur setiap malam tanpa berita dari kau sepanjang hari, ajar diri dia untuk mencari pengganti kau walaupun semua sedia maklum yg dia takkan mampu dapat pengganti kau, ajar diri dia untuk relax kan hati sendiri bila rindu datang menyergah. Believe me, itulah insan pertama dan terakhir yang akan sayang kau separuh mati. Dan kau juga kena percaya yang kau takkan jumpa lagi orang yang akan sayang kau macam mana dia dah sayang kau. Ye, mungkin dia tampak kuat. Apa kau tahu dia menitiskan air mata terfikir kan kau saban malam? Apa kau tahu dia menahan perit menanggung rindu yang amat dalam? Apa kau tahu apa yang dia lalui? Percayalah. Kau takkan rugi jika secebis peluang diberikan pada dia seorang yang sabar menanti kau, seorang yang sabar menanggung perit, seorang yang sabar melayan kerenah kau yang tak mahu diganggu. Dia sayang kau wei. Dia diam sebab dah terlalu letih. Bukan letih untuk tunjukkan sayang dia. Tapi, kau tahu tak yang dia dah terlalu letih untuk buat kau rimas dengan dia lagi. Takut tu datang. Takut kalau kalau timbul rasa benci dalam hati kau untuk dia. Dia mungkin berpura bahagia. Tapi, kau perlu tahu yang dia sentiasa mengharapkan kau tahu betapa besarnya sayang dia tu pada kau. The End.

No comments:

Post a Comment